top of page
0cd1a9ec19b19fdc40eeb9779e7ecc02.jpg

"cause life imitates art" - lama del rey

Home: UTAMA
18df53563abaa79fe0f2bb935012db47.jpg

Terlebih dahulu, tahukan anda apa yang dimaksudkan dengan ilustrasi?

Ilustrasi boleh didefinisikan sebagai sesebuah penghasilan bagi sesuatu imej yang bertujuan untuk dekorasi, interpretasi mahupun komunikasi melalui visual berdasarkan daripada teks, konsep mahupun proses idea. Oleh sebab itu, ilustrasi juga merupakan lakaran visual yang dihasilkan melalui proses dalam penjanaan idea bergambar. Bukan itu sahaja, ilustrasi ini juga dapat dilihat melalui pelbagai medium, media dan kaedah tertentu. Ilustrasi boleh juga dihasilkan sama ada secara manual, digital sepenuhnya mahupun kombinasi manual dan digital dengan menggunakan pelbagai aplikasi dan perisian komputer. Ilustrasi berperanan dalam penyampaian idea, mesej dan pemikiran.

Home: DEFINISI ILUSTRASI

JENIS-JENIS ILUSTRASI

Home: JENIS-JENIS ILUSTRASI
Untitled

ILUSTRASI INDUSTRI DAN TEKNIKAL

​

 Ilustrasi ini diaplikasikan untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan industri. Lakaran teknikal, lukisan mekanikal dan reka bentuk berkomputer merupakan bahagian penting dalam ilustrasi teknikal. Ilustrasi ini juga berperanan mempromosi dan memberikan maklumat produk dengan lebih terperinci dan jelas.

Home: UJI MINDA

Our News

Ilustrasi Industri dan Teknikal 

Untitled
Untitled

Ilustrasi Sains dan Perubatan 

Ilustrasi Dekoratif 

Untitled
Home: CONTOH
Untitled

Media

Media merupakan alat atau perantara dalam komunikasi dan perhubungan. Media cetak adalah alat komunikasi yang berupa bahan cetak atau bahan terbitan. Karya ilustrasi boleh didapati melalui pelbagai media secara bercetak mahupun digital seperti poster, pembungkusan, pengiklanan, buku cerita, komik, mural dan banyak lagi. Ilustrator menggunakan pelbagai medium dan teknik demi menghasilkan karya ilustrasi yang menarik.

Untitled

Medium

Medium merupakan alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan karya ilustrasi seperti dakwat, cat air, gouache, akrilik, pensel, pensel warna, pen, marker pen, peranti digital dan perisian CGI (Computer-generated imagery)

Untitled

Teknik

Teknik atau stail adalah cara bagaimana sesuatu medium diaplikasikan dalam penghasilan ilustrasi. Terdapat teknik tradisional dan moden yang boleh digunakan. Teknik tradisional seperti sapuan kering atas basah, garisan selari (hatching), potongan kayu dan gurisan besi, tampal dan kolaj kertas serta air brush. Teknik moden pula seperti digital vektor, digital fotomontaj, digital model 3D

Home: MEDIA DAN TEKNIK

Seni Reka Grafik (Ilustrasi)

0175580377

  • Facebook
  • Instagram

©2023 by My Site. Proudly created with Wix.com

bottom of page